Selasa, 15 Julai 2008

PERMAINAN TRADISIONAL : CONGKAK (:



Hingga kini , alat permainan ini masih digunakan untuk mengisi masa lapang seseorang itu . Ia wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi . Alat ini juga boleh digunakan untuk bahan pelajaran tentang Warisan Budaya Melayu . Selalunya , saya menggunakan biji guli untuk bermain alat ini . Namun , biji saga dan biji saga boleh digunakan juga . Di utara semenanjung ianya dipanggil Jongkok . Cakap tentang congkak ini , tahukah anda siapa penciptanya ? TIADA SIAPA YANG TAHU kecuali penciptanya sendiri . Yang pasti , penciptanya hebat dan handal mencipta sesuatu yang amat menarik . Ciptaanya akan terus kekal bersama kami dari generasi ke generasi . Ia selalunya diukir seperti perahu , ia diperbuat daripada batang pokok kayu besar , di hujungnya diukir pelnagai kepala haiwan dan di badan congkak tersebut diukir dengan pelbagai corak ukiran melayu . Lazimnya , terdapat lima , tujuh atau sembilan lubang sebaris di congkak itu dan ia sembilan sm lebar dan tujuh sm dalam dan semua lubang ini desebut kampung . Di setiap hujung sesebuah congkak , terdapat dua lubang besar yang dinamakan rumah . Namun , ukurannya , saya tidak pasti . Yang pasti , ukurannya lebih besar daripada kampung .


Sekarang , cara untuk bermain :


Dua orang pemain duduk berhadapan menghadapi papan congkak , dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan . Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti , sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri . Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah [jika ada] di dalam kampung tersebut . Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri , pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri . Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan , maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati .


Itu sahaja tentang congkak , salah satu daripada permainan tradisional kegemaranku .